Rabu, 13 Mac 2013

Aku Hanya Insan Biasa

Aku tahu, aku bukanlah orang yang terbaik untuk menjadi seorang anak, sahabat, isteri dan juga ibu. Tapi aku tidak pernah berbohong pada diriku untuk menjadi yang terbaik untuk mak bapa, sahabat2, suami dan juga anak2. Aku lemah dalam membuat mereka gembira dengan aku, dan aku hanya tahu membuat mereka susah, sedih dan kecewa dengan aku. Tapi ketahuilah, bahawa aku tidak pernah sekali pun berniat untuk membuat kamu sedemikian. Aku sudah berusaha untuk membehagiakan kamu, tapi apakan dayaku, "AKU HANYA INSAN BIASA"

Maafkan Aku....

Ahad, 10 Mac 2013

Hormatilah Aku

Mengapa perlu sombong dengan jawatan, mengapa perlu angkuh pada kekayaan, mengapa perlu berlagak kerana kecantikkan.
Aku sedar aku tidak memiliki itu semua, tapi aku punya hati dan perasaan. Aku manusia bukannnya binatang, walau binatang sekalipun tidak mustahil mereka juga seperti kita. Mengapa susah sangat kamu mengerti akan perasaan seseorang, mengapa sukar betul kamu memepercayai seseorang. Selama ini tidakkah kamu melihat apa yang telah aku buat untuk kamu????
Fikir-fikirkanlah!!

Isnin, 4 Mac 2013

Doa Sentiasa Mengiringi Kamu....


Teringat pada pejuang2 negara yang kini sedang berjuang d Lahad Datu..
Ya Allah, Engkau selamatkanlah mereka..Engkau lindungilah mereka...semoga mereka selamat d sana.
Ya Allah, Engkau berikanlah mereka kekuatan. Sesungguhnya hanya pada Engkau kami memohon pertolongan.
Wahai pejuang2 Negara, doa kami sentiasa mengiringi kalian. Semoga memperolehi kemenangan. Pertahankanlah maruah kita sebagai Rakyak Malaysia, walau apapun bangsa dan agama kita.
Kepada pejuang2 yang telah terkorban, semoga kalian d tempatkan bersama orang2 yang beriman. Sesungguhnya Syurgalah tempat kalian. Al Fatihah.