Teringat zaman dulu waktu kecil2, aku dibesarkan dalam keluarga yang susah. Mak membesarkan aku dengan hanya berkeja di pasar menjual makanan. Dengan duit itulah Mak memberikan aku pendidikan di sekolah sehingga tamat pengajian. Walau sesusah mana pun kami ketika itu, tapi aku tidak pernah merasakan setiap kesulitan yang mereka lalui, kerana setiap apa keperluanku akan tetap segera di tunaikan.
Terima kasih Mak, Pak.....
Sesungguh tiada siapa yang boleh menandingi kamu.
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu...
Mak,
Aku bersujud padamu....
Maafkan anakmu ini kerana belum dapat membahagiakanmu, seperti mana kau telah membahagiakanku dulu...
Terima kasih Mak,
Di atas segala pengorbananmu terhadapku selama ini...
