Khamis, 28 Februari 2013

Mengantuk!

Hari ni sangat mengantuk, mata susah betul nak buka. Rasa macam mau balik awal jak ni, mau tidur!
Heeeyyyy....ndk sabar tgu bsok, mau tidur sepuas-puasnya...



Selasa, 26 Februari 2013

Syukur Alhamdulillah....(Kalau betul)

Copy Paste jak....

TERKINI : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM 400) & Imbuhan Tetap Perumahan (RM 250-RM 450)?


Kenaikan imbuhan tetap perumahan 2013Kenaikan Gaji Kakitangan Awam & Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 2013: Berita Semasa yang baru kami diterima, bahawa Perdana Menteri sedang menimbang untuk meluluskan kenaikan  gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada antara RM350-RM450.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam + Imbuhan Tetap Perumahan 2013

Dengan ura-ura bahawa pembubaran DUN yang dikatakan bakal berlaku pada hari ini atau selewat-lewatnya, pada 22 Februari 2013, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak dijangka akan meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam dan imbuhan tetap perumahan 2013 pada Khamis ini atau selewat-lewatnya, minggu hadapan. Berita baik buat 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia, kerajaan mendengar keluhan penjawat awam.

Sangat Terganggu....

Aku merasakan diriku teramat terganggu ketika ini. Ndak dapat buat kerja, ada saja gangguan. Adoooiiiii......bikin malas kerja jak macam ni tau!
Bukan dalam bidangku ba tu....kalau macam ni sampai bila2 pun tertangguh sajalah kerjaku, makin bertimbun-timbunlah ni, kalau asyik buat kerja orang jak!
Tolongla ba faham, aku ni pun banyak juga kerja yang perlu di selesaikan dengan segera, buatlah bah sendiri, kalau ndak pandai, berusaha bah belajar sendiri. Kalau semua benda mau kena tolong, mau kena orang yang buat, sampai bila lah mau maju.
Aku ni, sekolah setakat STPM jak, tapi boleh jua aku buat benda yang aku tidak pernah buat. Itu semua adalah kerana usahaku sendiri untuk mempelajari segala apa yang patut! Jadi...kesimpulannya....semua benda yang nak dibuat, kena berusaha sendiri, jangan harap orang. Tidak tahu tanyalah bah, bukannya mengulun...Sekian!

Isnin, 25 Februari 2013

Banyak betul.....

Kerjaku makin hari makin banyak! Belum siap satu, satu lagi yang datang! Makin hari, makin aku malas buat kerja ni, stress aku jadinya. Aduh, ndak tau mana satu yang perlu di siapkan dulu. Surat bertimbun-timbun belum berdaftar, fail lagi la...Mejaku terasa semak betul sudah. Mau mengemas, kerja ni belum lagi siap-siap, macam mana ni???

Kami 11 Tahun



















11 Tahun sudah kami bergelar Suami Isteri dan 10 Tahun lah juga kami bergelar Umi dan Ayah kepada Puteri dan Putera2 kami. Alahmdulillah, kami panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah, keranaMu kami masih bersama.
Terima kasih Sayang,
Kerana kau sudi menerimaku seadanya. Kau begitu sabar melayan karenahku.
Maafkan aku sekiranya ada kekurangan pada diriku.
Semoga kita di murahkan rezeki, mendapat keberkatan dariNya, dan semoga hubungan kita berkekalan hingga hujung nyawa....Amin.






Khamis, 21 Februari 2013

Mau baby lagi.....


Nak baby lagi....???
Memang la...sapa yang tidak mau baby. Tapi, aku takut ba! Takut??? Hmmm...
Sebenarnya banyak dengar cakap kawan2, ada baiknya aku tambah lagi sorang sementara aku masih larat ni. Lepas tu stop. Satu kali kasi besar konon! Betul juga???!!
Tapi....ada tapi juga...
Kalau bole kali ni aku mau Baby Girl! Yes, Baby Girl!
So, nak beguru dulu dengan kawan2 yang berpengalaman macam mna nak dapatkan Baby Girl, selebihnya tu search lah kat internet..(dah buat pun) Hahaha....kesian aku.
Apa-apapun usaha kena ada, disamping itu kena berdoa banyak2, semoga Allah makbulkan permintaan kami. Insya Allah.

Bingung sendiri....


22.02.2013 (Jumaat)
Aku ndak tau la apa jadi aku hari ini. Aku sangat bingung, ndk tau nak buat apa. Keja banyak yang pending ni...aduhainye....
Duduk, bediri, bejln2, borak2 ngan kawan office, ketawa2, mengusik kawan dan sambil2 tu memotivasikan diri sendiri kunun! Siap nyanyi Lagu Rakan Muda lagi.
Duduk kejap, nak buat keja, tapi da ngantuk! Hmmmm....
Bila da ok sikit mata ni, start la enjin ni balik...tapi...tuuuuuuuuuttt.....(biar aku jak la tau)
Jadi keseluruhannya....aku ndak buat apa2 hari ni.....

Rabu, 20 Februari 2013

Jadual Kehamilan

Masa rehat tadi cerita2 pasal mengandung, masing2 dengan pengalaman mereka. Aku da serik dah nak mengandung lagi, sebab aku ni kalau mengandung memang alah banyak sangat, badan pun kurus kering jadinya. Tapi, bila di fikir2...rasa memang nak lagi ada baby, terutamanya baby girl,ada juga kawan si kakak.
Tapi, boleh ka dapat baby girl?? Memang aku ada juga search kat internet macam mana nak dapat kan baby girl, tapi ni kali ada kawan bagi tau kat aku pasal jadual kehamilan. Naaa...apa lagi aku ni, terus la search kat internet.


So.....selamat mencuba!

Kereta Oh Kereta!!!

Start masuk tahun baru hari tu aku pun start enjin dah! Sangat sibuk dengan karenah anak2 yg sekarang da 3 org bersekolah, wah! cepatnya masa berlalu..Pagi2 da bising ngan anak2. Huh! Kecoh!
Pada mulanya seawal jam 6 pagi, Ayah hantar aku dan Iman dulu kat office, nah! gelap lagi bah sampai office, kesian kat Iman terpaksa awal pagi angkat dia, yang kesian tu time nak mandikan dia pagi2, tengah curah air kat badan tapi mata masih tertutup, aduh kesian. Start dari itu, aku buat keputusan naik bas jak hantar Iman ke Taska dan terus ke office.

Aku dan Iman turun naik bas, jalan kaki untuk hantar Iman ke Taska, dah hantar Iman, aku jalan kaki naik bukit untuk pergi ke office, bila nak balik, jalan kaki lagi turun bukit, terus ambil Iman, jalan kaki lagi, naik bas, turun bas, angkat Iman dan menyeberang, naik bukit, naik tangga baru sampai rumah. Dah sebulan lebih, hmmmm...memang memenatkan, dan selama sebulan itu jugalah sedang bermain-main difikiranku untuk beli kereta. Dah rasa tak larat dah turun naik bas, jalan kaki, turun naik bukit. Kalau ada kereta senang sikit nak bergerak dengan anak. Insya allah, tahun depan Rayyan pula dah mula ikut Iman masuk Taska yang sama, ah! tak dapat aku nak bayangkan.....

Hanya sekadar gambar hiasan....
arrrRRRRggghhhhh...................Kereta Oh Kereta......




Setia Hujung Nyawa

Tiba2 teringat drama ni. Sejak drama ni popular kat tv3 hari tu, aku sibuk cari novel dia, huh! mmg susah sangat nak dapatkannya sekarang coz da sold out! Sedih.....
Untuk melepaskan rindu balik2 tgok kat Tonton...wahahaha....giler betul!
Cerita romantik, lucu, sedih...semua ada! Paling suka part yang mencabar kesabaran aku, jantung dup dap dup dap! Adooiiii....senaman jantung aku.
Bila part romantik plak asyik ingat laki aku hahaha....apa2 pun memang best sangat cerita ni. Soalan untuk diri sendiri..ada ka jual DVD nya ni arrr....???? Bengong!!!


Alhamdulillah 1 Tahun sudah

Alhamdulillah...16 Februari 2013 genaplah umur Rayyan setahun. Masih segar dalam ingatan ketika mengandungkannya, banyak sungguh ujian yang aku lalui, syukur alhamdulillah, walaupun sukar, namun aku tetap tabah mengharunginya. Teringat masa umur Rayyan dalam kandungan baru 3 bulan, aku telah mengalami sakit perut yang teramat sangat, sehinggakan tidak terdaya untuk berdiri. Hari itu juga aku telah dikejarkan ke Hospital dan terus dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lebih lanjut. Terkejut bila mendengar  kata doktor aku harus menjalani pembedahan dengan segera akibat  Twisted Ovarian Cyst. Masa tu rasa macam nak nangis depan doktor tu, kerana terfikir apalah yang akan terjadi pada kandunganku masa itu. Bagai nak jatuh pitam aku bila doktor menerangkan lagi bahawa aku ada potensi mengalami keguguran akibat pembedahan itu. Hanya Allah saja yang tahu bagai mana perasaan aku. Aku kuatkan semangatku, dengan mempercayai bahawa Allah tengah mengujiku, sambil itu aku berharap agar kandunganku selamat.

Selepas melalui pembedahan itu, aku tidak berhenti2 berdoa agar tetap bersama kandunganku. Alhamdulillah, kita manusia hanya mampu meramal, tetapi Allah S.W.T yang menentukan segalanya. Cukup bulan Rayyan pun dilahirkan ke dunia ini dengan cukup sempurna. Sehingga umur Rayyan genap 2 bulan, aku dikejutkan lagi bahawa Rayyan mengalami kebengkakan hati. lebih 2 minggu di wad, aku kuatkan semangatku melihat penderitaannya. Genap umur Rayyan 3 bulan sekali lagi Allah ingin mengujiku, Rayyan di masukkan ke wad  lagi akibat kebengkakan hati. Alhamdulillah, dengan doa kami sekeluarga, ketabahan dan semangat Rayyan yang kuat, Rayyan dapat mengharungi penderitaan itu dengan tenang.

Kini...Rayyan dah setahun, aku begitu bangga melihat kesihatannya serta perkembangannya. Walaupun baru2 tu Rayyan ada juga masuk wad akibat Asthma, tapi tidak ditahap yang membimbangkan.

Anak Umi dan Ayah Muhammad Khairayyan Rizqie, Umi dan Ayah mengucapkan selamat ulang tahun, semoga usiamu dipanjangkan, diberkati Allah, semoga menjadi anak yang pintar, anak yang soleh, taat pada agama bangsa dan negara. Amin....

D.O.B 16 Feb 2012/ 2.9kg/ 1.40 ptg/ Hosp. Wanita & Kanak2 Likas, KK

Rayyan Sebulan



Saat Rayyan mula demam tidak kebah2 (2 Bulan)
1 badan mula menjadi kuning, serta badan menjadi lemah/ tidak aktif (Tidur jak)
Sebak melihat keadaan Rayyan



Tidak cukup di tangan di kaki la pula di cucuk, betapa aku yang merasa sakitnya
Anak Umi & Ayah yang cukup tabah & kuat semangat mengharungi segalanya
Rayyan selepas kali kedua masuk wad (3 Bulan)

Semakin ceria dan aktif (4 Bulan)
  

Badan...Semngat! (5 Bulan)

Di pagi Raya segak dengan Baju Melayu (6 Bulan)
7 Bulan
8 Bulan
9 Bulan
10 Bulan
Rayyan masuk wad lagi akibat serangan Asthma (11 Bulan)
Sehari sebelum birthday
Genap 1 Tahun



Ini Gaya Rayyan senyum...



Hai....lama ndk update blog kan? Hmmm...rsa mcm beku da otak nak mengarag ni, huhu...

Oklah, nak cerita sikit pasal birthday boy & girl aku baru2 ni. Yang berlangsung pada 16 Februari 2013, jam 8.00 malam kat rumah aku yang comel tu. Perancangan last minit, tapi cukup meriah serta berjalan dengan lancar, bertambah meriah lagi dengan kehadiran saudara mara, rumah menjadi padat. Suka sangat... 


Maaf sangat pada kawan2 yang tak dapat nak jemput, coz rumah aku yang tersangat terhad, lg pun buat pun last minit. Next time nak buat dua sesi lah! Sebelah siang untuk kwn2 kat office, sebelah malam untuk keluarga pula. Hihi....insya allah!

My Birthday Boy 16 Feb (1 Tahun) & My Birthday Girl 27 Feb (10 Tahun)

Permata Hatiku (E2 sebenarnya gaya Rayyan senyum)


Kek dorang yang sangat simple tapi sangat CUTE

Sukanya Rayyan
Naaa.....sangat padat ruang tamu aku (Yang berdiri berbaju hijau tu Mak Mertua aku)
Bukan setakat ruang tamu jak yang padat, bilik aku pun jadi tumpuan anak2 buah

Terima kasih semua, kerana sudi datang memeriahkan majlis. Maaf sekiranya ada yang terkurang. Seterusnya tengah merancang nak buat birthday Iman la pula....yea yea.....