Rabu, 24 Oktober 2012

Karnival BI Peringkat Sekolah

Hasil kerja tanganku (senyum lebar tanda puas hati)
Peace No War...(smile always)






Kak Siah ngan belon2nya...

Aku ngan ribbon...Kak Tina ngan gayanya...

Penat baaa...susun ini pin bowling...

Buang tebiat

Ayu sungguh kakak2ku ini...

AWAS!!!  Mengatur langkah untuk sesi bergambar...





We are the best....

Game Tangga (ndak bole ckp Game ular Kak Siah marah)
Puzzle Game

Bowling

Aku ndak tau apa nama game ni..huhu

Alhamdulillah..berakhirlah sudah...(Upacara Penutupan kunun)

Dengan Rasa Bangganya...(Game's Stall)







Isnin, 22 Oktober 2012

Aku Rabun....

Baru2 ni tersempak ngan kawan sekolah masa sekolah rendah, kami memang rapat sangat dari dulu. Tapi entah mengapa dia bagi tau aku yang aku ni sombong, katanya banyak kali dah dia tersempak ngan aku, tapi aku buat2 ndak nampak dia, dia senyum tapi aku buat buat ndak nampak. Huhuuu...memang aku hairan juga, dan aku betul2 ndak perasan.

Sorry sangat2 aku memang betul2 tidak perasan, dan aku bukanlah sombong, bila jumpa orang yang memang rapat ngan aku, malah yang tidak rapat pun aku akan tegur. Tapi, mungkin aku tak perasan sebab aku ni rabun. Mata aku ni nampak jak tengok ngan korang, tapi hakikatnya aku betul2 tak cam muka, aku harap jak orang yang kenal aku tu tegur jak aku...bila aku disapa naaa...baru la kamu tau aku ni macam mana.

Ahad, 21 Oktober 2012

Geram tahap gaban....

Aku ada masalah bila dekat ngan anak aku sorang ni, ndk bole pegang atau tengok dia, sangat2 geram tahap gaban....rasa nak picit2 atau gigit2 paha dia...eeee....


Nah, inilah dia budak tu...budak nilah yang aku ndak bole dekat sangat. Tengok jak la paha dia tu...adooiiii...macam aku mau gigit2 jak. Gaya dia tidur mcm tu jak uda buat hati aku berdebar2...geram sangat2, geram tahap gaban!


Khamis, 18 Oktober 2012

Alhamdulillah.."30" uda.

16 Oktober 2012
Akhirnya masanya dah tiba, saat2 yg aku nnt2 kan selama ini. Kini umurku telah pun mencecah ke angka 30, alhamdulillah...Allah masih inginkan aku menikmati kehidupan ini, Allah masih ingin aku meneruskan perjuangan ini. Dalam usia ini aku sudah cukup bahagia bersama seorang insan yang sangat menyintai dan menyayangi aku, seusia ini juga aku cukup gembira kerana memiliki harta yang cukup berharga dalam hidupku, yang tidak ternilai harganya. Anak2 umi yang teramat dikasihi. Ya, 4 orang cahaya mataku, yang pintar, cerdik dan cukup sempurna sifatnya. syukur alhamdulillah...

Teruja sambut birthday ngan kawan2...(tqvm semua)




  • Ya Allah Ya Tuhanku...panjangkanlah umurku, murahkanlah rezekiku, bahagiakanlah hidupku dunia dan akhirat, berikanlah aku kesihatan yang baik, cergas dan ceria2 selalu...amin...

"Hari Potensi Murid Prasekolah"

Comel e2 butterfly

Memerah otak bah dia...

Kusyuk bah dia mengira...

Masa utk mewarna

Mewarna pun mo perah otak ke??

My Handsome boy...

Berkerja sama

Cantik anak umi colour...

Membaca (eja betul2 ya bang)

With the geng....

Singing time..

Mr. rabbit (comel)


Tiada Idea???

Beberapa hari ni aku teramat sibuk, sampai teda idea nak update blog. Dalam fikiran banyak betul nak di ceritakan, tapi bila dah nak update..hilang terus. Apa yang aku tau, besok ndak sabar sudah mau balik ke zaman persekolahan..

Ok lah, setakat ni jak la dulu...

Jumaat, 12 Oktober 2012

Oh! Tidak! BABAT!

Masalah betullah...bila nak gemuk babat pun timbul2...
Aku memang mau gemuk, tapi tolong lah...aku tidak mau babat. Bila dah babat ni, semua baju yang dipakai nampak sangat bidak! Tapi bila kurus, lagilah pula bidak...macam orang berpenyakit.

So...dengan itu...aku pun ke Marie Farance..haha...mau kasi kempis ini perut jak. Pasal pembayarannya pun agak berpatutanlah juga, ndk la mahal sangat, boleh pilih package yang murah lagi...Tinggal aku tunggu kak Haidah jak ni, ada banyak benda nak tanya, kata hubby sebelum buat kena tanya ngan orang berpengalaman, maksudnya.. tanya sendiri ngan orang yang pernah menggunakannya...Kalau dah puas hati dan kalau dah berkenan baru la buat.

Apa yang penting akau mahu memiliki badan yang ideal, aku ndak mau kurus..just mau kasi kempis ini perut jak, kasi hilang ini babat...huhu...

Isnin, 8 Oktober 2012

Bersyukur saja dengan apa yang ada...

Aku mengerti, aku serba kekurangan. Aku tidak punya harta benda untuk di banggakan. Tidak punya kawan karib untuk berkongsi apa saja cerita suka dan duka. Tapi aku cukup bersyukur dengan apa yang aku punya sekarang ini. Apa yang aku ada ini, sudah cukup memadaiku...Tapi, tolonglah jangan diperkatakan. Tolonglah jangan mempertikaikan kekurangan kami.

Janganlah aku dicaci, dan janganlah aku dipandang seperti anjing kurap. Aku juga manusia biasa, punya hati dan perasaan. Cuma aku hanya kurang pada harta dan kekayaan.

Aku sedar, diriku ini menjadi bahan umpatan mereka, aku menjadi bahan mainan mereka, bila aku senang, namaku disanjung-sanjung tinggi, setinggi-tingginya langit, tapi bila aku susah...Allah sahaja yang tahu.

Walaupun begitu, aku cukup bersyukur...aku punya suami yang masih berdiri disampingku, mendukungku dikala aku susah atau pun senang. Aku juga cukup bersyukur, kerana aku punya Mak Bapa yang masih menemaniku siang dan malam. Bagaimana pun keadaanku mereka sentiasa setia bersamaku...

Hanya dengan itu, aku makin kuat menghadapi apa saja...kuatkan semangat untuk meneruskan hidup. Aku juga bersyukur kerana Allah tetap memberikan aku kekuatan dan ketabahan untuk melalui semua ini...Terima Kasih ya Allah!

p/s: Tetap berusaha untuk memajukan diri sendiri...asalkan tidak menyusahkan org lain.

**PraHoneymoon**

Inilah saja masanya utk kami berdua-duaan, bermanja-manja, dan bergurau senda. Bukan tak dapat buat semua tu kat rumah, boleh..tapi berpadah-padahlah bah jua...(jaga-jaga...anak sedang memerhati) Lagi pun kena jua hormati, mak bapa kau tinggal bersama, jadi waktu utk kami bermanja-manja tu agak terhad sikit.

Membuat keputusan utk keluar bercuti berdua-duaan (area KK jak), dengan tidak membawa anak-anak bersama, memang kejam bagi aku. Tapi hanya ini sahajalah caranya dan masanya utk kami menghabiskan masa bersama, mengenang kembali nostagia cinta. Memang betul, rasa macam masih bercinta plak time tu. Pergi tengok wayang bersama, shopping2, makan2, jalan2 dari 1 shopping complek ke 1 shopping compleks... penat2 rehat kat bilik (hotel la ba tu...).

Insya Allah, kalau ada rezeki lebih lagi, nak Honeymoon kat luar negera la plak, baru best...
Anak-anak Umi & Ayah yang pintar...insya Allah, kalau Umi & Ayah ada duit lebih, nanti Umi & Ayah bawa pergi Lago Land yer....Amin...

Day 1 > Ready gi tengok wayang <

Senyum sokmo c Ayah (Love U Sayang)

Day 2 > Sarapan at Soul Out Restaurant, Grand Borneo Hotel <

Sebelum check out begambar dulu...(teda kat rmh aku cermin sebesar dinding)

> cute tak...< (perasan)

Jalan-jalan cari pasal....




Khamis, 4 Oktober 2012

Syukur Alhamdulillah :-)

Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur pada-Mu, kerana Engkau telah permudahkan segala urusanku, Engkau telah berikan aku yang terbaik.

Terima Kasih Ya Allah...

Bayi Ajaib, Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal 2 Hari


 
Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan. Secara logik, bagaimana boleh?
Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar.


Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.


Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.


Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif.
Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.

Ujian Lagi.....

  • Ya Allah, hanya Engkau saja yang tahu pada ketika ini aku telah diuji lagi. Tentunya hanya Engkau saja yang tahu apa yang telah mengujiku. Bisikan itu sedang cuba untuk menghasutku melakukannya. Ya Allah, hanya Engkau maha mengetahui betapa aku mencuba untuk menghalang hasutan itu. 
  • Ya Allah, aku memohon kekuatan dari-Mu. Tabahkanlah hatiku, kuatkanlah semangatku untuk melalui liku-liku ini. Ya Allah, aku tidak mahu lagi mendengar hasutan-hasutan itu, jauhilah aku dari suara-suara itu. Aku hanya menginginkan yang terbaik untuk-Mu ya Allah.

Rabu, 3 Oktober 2012

Aduhai Qistina

Masuk opis dengan hati yang cukup riang gembira...kasi hidup semua suis itu dan ini. Selesai semua, buka laptop terus buka Facebook, kononnya nak update status...tiba-tiba mood aku bertukar sedih, pilu, dan secara jujurnya aku menitiskan airmata...














Ya Allah...meruntum jiwaku melihat keadaan anak kecil ini, aku bagaikan terkena panahan petir. Airmataku gugur melihat penderitaan anak ini. Ya Allah, permudakanlah semuanya, berilah kesihatan padanya, tabahkanlah hatinya, kuatkanlah semangatnya, lindungilah dia dan pimpinlah mereka untuk mengharungi semua ini. Amin.

Ya Allah, Kembalikanlah senyuman Adik Qistina.