Aku mengerti, aku serba kekurangan. Aku tidak punya harta benda untuk di banggakan. Tidak punya kawan karib untuk berkongsi apa saja cerita suka dan duka. Tapi aku cukup bersyukur dengan apa yang aku punya sekarang ini. Apa yang aku ada ini, sudah cukup memadaiku...Tapi, tolonglah jangan diperkatakan. Tolonglah jangan mempertikaikan kekurangan kami.
Janganlah aku dicaci, dan janganlah aku dipandang seperti anjing kurap. Aku juga manusia biasa, punya hati dan perasaan. Cuma aku hanya kurang pada harta dan kekayaan.
Aku sedar, diriku ini menjadi bahan umpatan mereka, aku menjadi bahan mainan mereka, bila aku senang, namaku disanjung-sanjung tinggi, setinggi-tingginya langit, tapi bila aku susah...Allah sahaja yang tahu.
Walaupun begitu, aku cukup bersyukur...aku punya suami yang masih berdiri disampingku, mendukungku dikala aku susah atau pun senang. Aku juga cukup bersyukur, kerana aku punya Mak Bapa yang masih menemaniku siang dan malam. Bagaimana pun keadaanku mereka sentiasa setia bersamaku...
Hanya dengan itu, aku makin kuat menghadapi apa saja...kuatkan semangat untuk meneruskan hidup. Aku juga bersyukur kerana Allah tetap memberikan aku kekuatan dan ketabahan untuk melalui semua ini...Terima Kasih ya Allah!
p/s: Tetap berusaha untuk memajukan diri sendiri...asalkan tidak menyusahkan org lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan