Alhamdulillah...16 Februari 2013 genaplah umur Rayyan setahun. Masih segar dalam ingatan ketika mengandungkannya, banyak sungguh ujian yang aku lalui, syukur alhamdulillah, walaupun sukar, namun aku tetap tabah mengharunginya. Teringat masa umur Rayyan dalam kandungan baru 3 bulan, aku telah mengalami sakit perut yang teramat sangat, sehinggakan tidak terdaya untuk berdiri. Hari itu juga aku telah dikejarkan ke Hospital dan terus dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lebih lanjut. Terkejut bila mendengar kata doktor aku harus menjalani pembedahan dengan segera akibat Twisted Ovarian Cyst. Masa tu rasa macam nak nangis depan doktor tu, kerana terfikir apalah yang akan terjadi pada kandunganku masa itu. Bagai nak jatuh pitam aku bila doktor menerangkan lagi bahawa aku ada potensi mengalami keguguran akibat pembedahan itu. Hanya Allah saja yang tahu bagai mana perasaan aku. Aku kuatkan semangatku, dengan mempercayai bahawa Allah tengah mengujiku, sambil itu aku berharap agar kandunganku selamat.
Selepas melalui pembedahan itu, aku tidak berhenti2 berdoa agar tetap bersama kandunganku. Alhamdulillah, kita manusia hanya mampu meramal, tetapi Allah S.W.T yang menentukan segalanya. Cukup bulan Rayyan pun dilahirkan ke dunia ini dengan cukup sempurna. Sehingga umur Rayyan genap 2 bulan, aku dikejutkan lagi bahawa Rayyan mengalami kebengkakan hati. lebih 2 minggu di wad, aku kuatkan semangatku melihat penderitaannya. Genap umur Rayyan 3 bulan sekali lagi Allah ingin mengujiku, Rayyan di masukkan ke wad lagi akibat kebengkakan hati. Alhamdulillah, dengan doa kami sekeluarga, ketabahan dan semangat Rayyan yang kuat, Rayyan dapat mengharungi penderitaan itu dengan tenang.
Kini...Rayyan dah setahun, aku begitu bangga melihat kesihatannya serta perkembangannya. Walaupun baru2 tu Rayyan ada juga masuk wad akibat Asthma, tapi tidak ditahap yang membimbangkan.
Anak Umi dan Ayah Muhammad Khairayyan Rizqie, Umi dan Ayah mengucapkan selamat ulang tahun, semoga usiamu dipanjangkan, diberkati Allah, semoga menjadi anak yang pintar, anak yang soleh, taat pada agama bangsa dan negara. Amin....
 |
| D.O.B 16 Feb 2012/ 2.9kg/ 1.40 ptg/ Hosp. Wanita & Kanak2 Likas, KK |
 |
| Rayyan Sebulan |
 |
| Saat Rayyan mula demam tidak kebah2 (2 Bulan) |
 |
| 1 badan mula menjadi kuning, serta badan menjadi lemah/ tidak aktif (Tidur jak) |
 |
| Sebak melihat keadaan Rayyan |
 |
| Tidak cukup di tangan di kaki la pula di cucuk, betapa aku yang merasa sakitnya |
 |
| Anak Umi & Ayah yang cukup tabah & kuat semangat mengharungi segalanya |
|
 |
| Rayyan selepas kali kedua masuk wad (3 Bulan) |
 |
| Semakin ceria dan aktif (4 Bulan) |
 |
| Badan...Semngat! (5 Bulan) |
 |
| Di pagi Raya segak dengan Baju Melayu (6 Bulan) |
 |
| 7 Bulan |
 |
| 8 Bulan |
 |
| 9 Bulan |
 |
| 10 Bulan |
 |
| Rayyan masuk wad lagi akibat serangan Asthma (11 Bulan) |
 |
| Sehari sebelum birthday |
 |
| Genap 1 Tahun |
 |
| Ini Gaya Rayyan senyum... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan