Jumaat, 11 Julai 2014

Back To School...

Setelah sekian lama aku tinggalkan zaman itu, hari ini, tarikh ini, dan jam ini, sekolah itu menjadi saksi bahawa aku kembali....


Wah! Baru di luar kawasan sekolah jak, jantungku uda berdegup laju, yang menandakan betapa aku rindu sekolah ini. Banyak sungguh kenangan yg aku tinggalkan di sekolah ini. Pahit manis selama aku berada di sekolah ini, kembali bermain di kotak memoriku. Macam-macam perasaan yang aku rasa pada saat itu. Aku merasakan seperti masa itu berputar kembali 15 tahun yang lalu....


Sebelum masuk sekolah kena daftar masuk, minta kebenaran pacik guard dulu...


Perasaan yang aku tidak dapat ungkapkan dengan kata2 pada saat ini. Setiap langkahku menaiki setiap anak tangga itu, seperti aku masih berada di masa yang lalu...satu persatu kenangan itu bermain difikiran...suara kawan2 kini mula kedengaran, satu persatu jua wajah2 mereka menjelma.


Aku sedar, aku bukan budak pintar di sekolah, bukan juga budak popular...tapi aku sangat merasa bangga dan sangat gembira bergelar seorang pelajar SUNG SIEW. Aku sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti sekolah terutamanya dalam bidang kebudayaan. Menari, lakonan, nyanyian dan sajak. Aku sangat minat kearah itu. Jangan hairanlah kalau tiap exam jak mmg aku fail.

Tiap habis kelas jak, aku mesti tinggal kat sekolah. Bukan menghadiri kelas tambahan, tp untuk menjalani sesi latihan tarian, lakonan ataupun nyanyian. Aku lebih banyak menghabiskan masa di pentas dan astaka bersama kwn2 kebudayaan.





Pentas itulah dan astaka itulah yang menjadi saksi kenanganku. Banyak kenangan manis yang telah ku tinggalkan di sana. Gelak tawaku bersama kawan2 seperjuangan masih segar bermain difikiranku. Gelak ketawa bersama mereka tidak pernah aku lupakan malah tak akan aku lupakan.


Tangga ini, adalah tangga di mana aku dan kawan2 akan daki tiap2 pagi untuk terus menadaki mengejar kejayaan.


Yess...5B. Inilah kelas terakhirku di SUNG SIEW tahun 1999. Kelas ini juga telah banyak meninggalkan kenangan pahit dan manisku. Ketawa, menangis, dan bergaduh, kelas inilah yg menjadi saksi.


Sebelum masuk kelas, adalah perkara wajib yang mesti kami lakukan melepak dipagar ini. Berbual, mengumpat, tengok boyfriend, minta ambil perhatian dan sewaktu dengannya...



Alhamdulillah, akhirnya....Setelah 15 tahun aku tinggalkan, kini aku kembali duduk di kerusi dan meja itu. Ya, inilah tempat dudukku, depan pintu dekat tingkap dan yang paling penting meja single bukan double. Aku seorang murid yang sangat pendiam dalam kelas, ndak banyak bunyi. Bukan teda kawan, cuma aku rasa macam selesa kalau diam. Aku ingat lagi, bila dalam kelas aku suka menulis, menulis diary. Diary yang aku beri nama Gold Book. Macam2 yang aku cerita dalam diary tu, diary tulah tempat aku meluah segala perasaan gembira, sedih, tidak puas hati dan macam2 lagilah.


Kantin. Inilah kantin kami, kantin ini tidak banyak berubah dari 15 tahun yang lalu, cuma ada penambahan meja dan kerusi saja. Makanan kantin yang jadi kegemaran aku masa tu mee sup kuah kicap + wantan goreng, dan minum air grape. Mmmmm....sedap sangat. Aku jarang makan time rehat, sebab aku rasa macam ndak cukup masa klu makan time rehat tu. Aku makan bila lepas waktu sekolah, sebelum menjalani sesi latihan tarian.


Ini adalah dewan bacaan, di mana tempat kami mengulang kaji pelajaran. Tapi ada juga yang buat tempat ni untuk dating atau lepak2 selepas waktu sekolah ataupun masa free.


Dan yang ini pula jejantas, yang dulunya laluan ke sekolah rendah SUNG SIEW. Sekarang sekolah rendah itu tiada lagi, tp uda tukar jadi sekolah menengah untuk murid peralihan, tingkatan 1 hingga 3.

Hampir sejam aku ronda2 sekolah tu, rasa belum puas lagi. In Shaa Allah, ada rezeki nnt akan aku datang lagi, dan kali ini aku berhasrat nak bawa anak2 plak melawat sekolah Umi dorang ni...Nak cerita semua kat dorang, nak bagi dorang rasa apa yang Umi dorang ni pernah lalui dulu.

SM Sung Siew engkau tetap di hatiku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan