Rabu, 16 Julai 2014

Mood Raya Suda Datang.........

Kemarin balik rumah dengan hati yg sgt2 sedih, mendung jak mood kemarin. Rasa mcm nak nangis jak tengok rumah yg suram, ikut mood tuan rumah agaknya.

Duduk2 kat sofa, memerhatikan setiap sudut rumah, dr dapur ke ruang tamu. Hati berdebar-debar bila teringat raya dah nak dekat. Apa2 persiapan pun belum di sediakan. Barang2 buat kuih uda tersedia, tp niat itu terbantut bila mak jatuh sakit akibat terjatuh. Bukan ndk bole buat sendiri, tp feel tu da tak da, sbb teda kwn buat kuih raya tu, teda kwn berbual, teda kwn nak ngumpat, pendek cerita ndk syok buat sendiri-sendiri. Mak, harap2 mak cepat sembuh ya mak.....

Aku rebahkan badanku di sofa, nak rehatkan badan kejap. Hati masih ndk tentu arah. Tidakku sedari aku terlena sekejap. Bila aku tersedar mcm ada sesuatu yg aku harus buat....bermulalah rutinku sebagai seorang isteri, umi, dan anak. Selesai segala hal. Timbul pula rasa kerajinan nak merombak perabot rumah.

Bermula dari dapur. Almari dapur aku alihkan ke tempat lain, peti sejuk pun uda berubah arah. Bahagian dapur ndk banyak sgt yg perlu di rombak atau ubah suai, maklumlah dapur aku comel jer....

Tidak sampai sejam dapurku kemas, giliran ruang tamu pula perlu sentuhan pengubahsuaian dariku. Alhamdulillah walaupun aku berpuasa, dengan tulangku empat kerat ini, dapat jua ku alihkan semua barang2 di ruang tamu tu bersendirian. Dari sofa dua buah yang minta ampun beratnya hingga ke kabinet tv yang boleh tahan jua beratnya, sudah bertukar tempat. Tabir pun uda siap ku pasang. Kini rumahku uda ada perubahan sikit. Walaupun mungkin dinding tu agak kurang sedap di pandang, maklumlah anak2ku pintar2 melukis.

Bila semuanya sudah kemas, hati mula rasa tenang sikit. Da rasa mood raya tu da datang. Sekarang baru boleh berfikir nak bawa anak2 pegi shopping baju raya dorang la plak!

Oklah dulu, sekarang mood nak kira-kira bajet la plak!

Raya 2013



Tiada ulasan:

Catat Ulasan